suria

Empat beranak korban Covid-19, kesemua maut dalam seminggu

Alfredo bersama tiga ahli keluarga lain meninggal dunia akibat Covid-19. Foto newsflash/@Lavorazione-Ferro-Battuto-Claudio-Bertucc

NASIB malang menimpa empat beranak apabila kesemua mereka menjadi korban Covid-19, dalam tempoh seminggu.

Keluarga yang dijangkiti virus itu berasal dari Lombardy di utara Itali.

Ahli keluarga yang pertama menghembuskan nafas terakhir adalah Alfredo Bertucci yang berusia 86 tahun, pada 27 Mac.

Pemergiannya diikuti dua anak lelakinya, Daniele dan Claudio, masing-masing berusia 54 dan 46 tahun.

Kesemua mereka jatuh sakit 10 hari sebelum meninggal dunia.

Isteri Alfredo, Angela Albergati yang berusia 77 tahun dirawat di hospital yang sama.

Dia kemudian meninggal dunia pada 1 April.

Menurut laporan media tempatan, keluarga tersebut menunjukkan simptom-simptom Covid-19, termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas. - Daily Star

beranak, keluarga, korban, Covid-19, Lombardy

Artikel Lain