suria

Suami isteri korban Covid-19, anak rakam video rayu orang ramai duduk rumah

Stuart dan Adrian Baker meninggal dunia akibat Covid-19. Foto Daily Star

PASANGAN suami isteri yang telah berkahwin lebih 50 tahun kerana dijangkiti Covid-19.

Lebih memilukan, mereka meninggal dunia dalam tempoh enam minit antara satu sama lain pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, anak lelaki mangsa menggesa orang ramai supaya menghentikan penularan wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Cinta hujung nyawa, pasangan kahwin lebih 60 tahun meninggal dunia selang beberapa jam

Stuart dan Adrian Baker, masing-masing berusia 74 dan 72 tahun mula sakit kira-kira tiga minggu lalu.

Pasangan suami isteri itu meninggal dunia di bilik yang sama, selepas ventilator mereka dimatikan.

Mereka yang juga pesara berasal dari Florida, Amerika Syarikat.

Menerusi satu video, anak lelaki mereka, Buddy Baker menggesa orang ramai supaya duduk di rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. - Mirror



suami, isteri, korban, Covid-19, anak, duduk rumah

Artikel Lain