suria

PM Britain dimasukkan ke hospital, alami simptom berterusan Covid-19

Johnson dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor.

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson dimasukkan ke sebuah hospital di London dengan menaiki ambulans kerana menunjukkan gejala Covid-19 yang berterusan.

Jurucakap Downing Street berkata Johnson dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor untuk menjalani ujian.

"Ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana perdana menteri menunjukkan simptom berterusan selama 10 hari selepas disahkan positif Covid-19.

"Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada kakitangan NHS di atas kerja keras dan menggesa orang ramai supaya patuh nasihat kerajaan untuk duduk di rumah."

Johnson tidak dimasukkan ke hospital atas sebab kecemasan, tambah jurucakap itu lagi.

Dia masih lagi mengetuai kerajaan dan terus berhubung dengan rakan setugas dan pegawai menteri.

Johnson mengumumkan dia disahkan positif Covid-19 pada 27 Mac lalu selepas mempunyai gejala ringan jangkitan itu.

Dalam video pendek yang dikongsi di media sosial, Johnson berkata:"Saya mengalami simptom ringan Covid-19. Maksudnya batuk dan demam panas."

Sejak itu Johnson tidak kelihatan dalam sidang media harian kerajaan tetapi gambarnya bercakap kepada Kabinetnya menerusi panggilan video ketika dikuarantin tersebar. - Metro.co.uk

Boris Johnson, Covid-19, hospital

Artikel Lain