PASANGAN di daerah Madhya Oradesh Sheopur menamakan bayi mereka yang baru dilahirkan, Lockdown bagi meraikan kerjasama semua pihak untuk memerangi koronavirus seperti yang disarankan Perdana Menteri, Narendra Modi. Bayi lelaki itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di India pada 6 April lalu. Pasangan Raghunath Mali dan isterinya yang berusia 24 tahun, Manju menetap di perkampungan Bachheri di daerah berkenaan. Ditanya kenapa dinamakan Lockdown yang tentunya akan menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai susulan perintah kawalan selama tiga minggu yang dilaksanakan, Mali yang juga petani itu berkata, situasi itu akan menjadi ingatan buat selamanya. "Isteri saya melahirkan bayi lelaki Isnin lalu dan apabila ditanya apakah namanya ketika mendaftar kelahirannya, kami bersetuju dengan memilik Lockdown," katanya. Perdana menteri menetapkan 21 hari lockdown untuk melindungi penduduk negara daripada koronavirus. "Seluruh negara itu bersatu ketika ini untuk menangani krisis berkenaan dan tentunya ia akan menjadi ingatan, sebab itu jugalah kami menamakan anak kami Lockdown," kata pasangan itu.-indiatoday.in