suria

Misteri cacing di sana sini... Penduduk jijik, hilang selera makan

Situasi cacing keluar dari dalam tanah di sekitar Solo masih menjadi misteri.

HEBOH apabila beberapa kawasan di daerah Solo berdepan situasi misteri susulan fenomena munculnya cacing dari dalam tanah di kawasan persekitaran.

Misalnya pada hubung minggu lalu, kawasan Pasar Gede Solo, Jawa Tengah dipenuhi cacing itu sekitar pukul 5.30 pagi dan insiden itu disaksikan sendiri peniaga yang dikenali sebagai Marsono.

Katanya, cacing-cacing gergasi itu keluar hingga ke jalan raya berdekatan pasar itu.

Walaupun telah disapu dan dibersihkan, ia tetap muncul dari dalam tanah.

"Kalau cacing itu dikumpul, ia boleh memenuhi sebaldi kerana jumlahnya banyak sekali," katanya.

Kehadiran cacing itu membuatkan penduduk sekitar kawasan itu tidak selera hingga hilang selera makan kerana jijik melihat cacing itu.

Hal yang sama berlaku di Klaten daerah sama apabila cacing itu memenuhi kawasa sawah di Jatinom.

Pakar Alam Sekitar Universiti Sebelas Maret Solo, Prabang Setyono menganggap ia sebagai fenomena alam.

Malahan, dia juga percaya ia ada hubung kait dengan meletusnya beberapa gunung berapi di Indonesia ketika ini.

Bagaimanapun, Pengkaji bida Zoologi Pusat Penyelidikan Ilmu Pengetahuan Indonesia, Hari Nugroho pula berpendapat, situasi itu disebabkan perubahan cuaca.-kompas.com

Artikel Lain