suria

China bimbang gelombang kedua Covid-19 selepas jangkitan dilapor kalangan petugas kesihatan

Sukarelawan melakukan sanitasi di jalan di Xiayi County, di wilayan Henan. Foto Barcroft Media via Getty Images/ Daily Star

KES kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam kalangan petugas khas di pusat perubatan di China.

Gelombang kes baharu yang berlaku di Hospital Jia County People, di mana salah seorang daripada mereka menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Wuhan di wilayah Hubei.

Pasar makanan laut di Wuhan, yang dipercayai sebagai pusat penyebaran virus itu, ditutup pada Januari lalu, selepas satu kluster pesakit yang mengalami radang paru-paru.

Wabak itu membawa kepada sekatan perjalanan, dengan larangan perjalanan bagi urusan tidka penting antara kampung dan komuniti.

Memetik laporan Daily Express, sesiapa yang keluar dan masuk dari kawasan kediaman perlu memakai topeng muka.

Mereka juga akan diperiksa suhu dan menunjukkan surat yang membuktikan mereka adalah sihat, perkara itu merujuk kepada dokumen yang didedahkan  kepada Radio Free Asia.

Menerusi akaun Weibo, perniagaan dihentikan sementara kecuali pasar raya dan pasar, dengan kira-kira 600,000 tinggal di bawah perintah itu. - Daily Star

China, gelombang kedua, Covid-19, Wuhan, Hubei

Artikel Lain