suria

Budak 7 tahun dirogol, mata dicucuk sebelum ditinggal dengan tangan, kaki diikat

Polis menjalankan siasatan berhubung seorang kanak-kanak yang dirogol di Madhya Pradesh, India. Foto Daily Star

SEORANG kanak-kanak perempuan dirogol dan matanya dicucuk sebelum ditinggalkan di sebuah rumah ketika perintah kawalan pergerakan dijalankan.

Malah, mangsa berusia tujuh tahun itu ditinggalkan dengan tangan dan kakinya diikat.

Insiden yang berlaku di Madhya Pradesh, India membangkitkan kemarahan rakyat negara itu.

Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang tidak berperikemanusiaan.

Mangsa hanya ditemui selepas penduduk berdekatan mendengar jeritannya.

Kanak-kanak perempuan berkenaan kemudian dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Ia merupakan kejadian rogol yang ketiga berlaku di negeri itu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan penularan Covid-19, dengan Madhya Pradesh antara yang mencatatkan kadar jenayah seksual tertinggi.

Polis menahan seorang suspek, dan memberi ganjaran wang tunai bagi mereka yang dapat menyalurkan maklumat berhubung perogol. - Daily Star

Artikel Lain