SEBUAH kereta api dipercayai milik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dikesan di perkarangan sebuah resort di bandar peranginan yang terletak di pantai timur negara itu. Gambar imej satelit itu muncul di tengah-tengah khabar angin mengenai keadaan kesihatan dan keberadaan pemimpin negara dengan senjata nuklear berkenaan. Gambar yang dipaparkan oleh laman 38 North menunjukkan kereta api itu telah diparkir di 'stesen kepimpinan' (Leadership Railway Station) di Wonsan sejak 21 April. ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Korea Utara dilapor meninggal dunia, doktor didakwa menggigil ketika lakukan pembedahan ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara Memetik analisis gambar satelit di kawasan itu baru-baru ini, 38 North mengatakan kereta api sepanjang 250 meter itu tidak kelihatan pada 15 April tetapi dilihat pada 21 dan 23 April. Laman web itu juga mengatakan bahawa kereta api telah diposisikan semula untuk berlepas, namun menambah bahawa tidak ada petunjuk tentang bila ia akan meninggalkan stesen itu. Stesen tersebut dikhaskan untuk kegunaan keluarga Kim, tambahnya. "Kehadiran kereta api itu tidak membuktikan keberadaan pemimpin Korea Utara atau memberi apa-apa petunjuk tentang kesihatannya, tetapi ia menunjukkan bahawa Kim tinggal di kawasan elit di pantai timur negara itu," kata laporan 38 North itu lagi. Tanda tanya mengenai keadaan pemimpin itu berlegar di media antarabangsa dengan laporan mengatakan beliau sudah meninggal dunia selepas berada dalam keadaan tenat akibat pembedahan jantung. Kerajaan Korea Utara walaubagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai pemimpin utamanya itu. - The Guardian