IDEA kreatif lelaki ini ternyata membawa kesenangan dalam hidupnya. Menetap di kawasan berbukit, jurutera iaitu Allan Pyne mengakui malas untuk mendaki tangga setiap hari. Lantas, dia membina satu landasan untuk memudahkan pergerakan dia dan isteri. Landasan itu turut dilengkapi satu kenderaan kecil untuk dinaiki mereka. Menggunakan kaedah itu, dia hanya memerlukan tujuh minit untuk naik ke kawasan kediamannya. "Ia bagaikan tangga ke syurga. Memang puas hati sebab saya buat sendiri hampir 95 peratus," ujarnya yang menetap di Dawlish, Devon, England. Tambahnya, kesukaran isteri membawa barang dapur ke kawasan rumah selepas membeli belah turut menjadi ilham kepada ciptaan itu. Allan berusia 55 tahun manakala isterinya, berusia 50 tahun dan mereka memiliki dua anak. - The Sun.