suria

Perdana Menteri Rusia positif Covid-19, sedang jalani kuarantin

Mishutin (kanan) memaklumkan perkembangan kesihatannya kepada Presiden, Vladimir Putin menerusi panggilan video. Foto: Reuters

PERDANA Menteri Rusia, Mikhail Mishutin dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Keputusan ujiannya keluar pada hari yang sama ketika negara itu merekodkan 7,099 kes dalam masa 24 jam, serta sudah melepasi angka 100,000 kes keseluruhan.

Mishutin yang diangkat sebagai perdana menteri pada Januari lalu, aktif terlibat dalam menangani pandemik Covid-19 di negara tersebut.

Stesen televisyen Rusia menayangkan video ketika beliau memaklumkan perkembangan kesihatannya kepada Presiden, Vladimir Putin.

"Saya baru mengetahui bahawa saya positif dalam ujian pada Covid-19," kata perdana menteri itu semasa panggilan video tersebut.

Mishustin turut mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri Pertama, Andrei Belousov memangku jawatannya buat sementara waktu ketika beliau sedang menjalani kuarantin.

Putin bersetuju dengan cadangan tersebut dan dalam masa yang sama memberikan kata-kata semangat kepada perdana menteri itu.

"Apa yang berlaku kepada anda terjadi kepada sesiapa saja.

"Anda adalah orang yang sangat aktif. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas tugas yang telah dilakukan selama ini," kata Putin. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain