suria

Ditimpa susah akibat Covid-19, ibu tunggal terpaksa masak batu untuk lapan anak

Peninah yang merupakan ibu kepada lapan anak memasak batu dengan harapan anak-anak tertidur sebelum 'hidangan' siap dimasak. Foto TUKO

SEORANG ibu tunggal kepada lapan anak mengalami kesusahan ketika krisis Covid-19, sehingga terpaksa memasak batu untuk anak-anaknya.

Wanita itu berbuat demikian dengan harapan anak-anaknya tertidur sebelum 'hidangan' tersebut siap dimasak.

Peninah Bahati Kitsao dari Kenya mengambil upah mencuci pakaian tetapi sejak perintah berkurung, dia tidak dapat bekerja dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Jirannya yang prihatin, Prisca Momanyi memberitahu media Kenya, NTV mengenai keperitan yang dialami Peninah selepas mendengar anak-anaknya menangis kerana kelaparan.



Kelengkapan yang digunakan oleh Peninah untuk memasak batu. Foto TUKO

Peninah yang tinggal di sebuah rumah dengan dua bilik tidur tanpa bekalan air atau elektrik, kehilangan suaminya tahun lalu akibat dibunuh.

Bercakap kepada NTV, 'tipu muslihat' itu bagaimanapun disedari oleh anak-anaknya.

"Mereka beritahu saya bahawa mereka tahu saya berbohong kepada mereka, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya tidak tak ada apa-apa," katanya.

Susualan kisahnya didedahkan oleh stesen TV itu, banyak pihak tampil memberi bantuan kepada Peninah dan keluarganya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
ibu tunggal, batu, Covid-19,