suria

Cegah penularan Covid-19, pasangan di Brazil jalankan upacara perkahwinan secara ‘drive-thru’

Pasangan ini berkahwin pada Khamis lalu.

DUNIA seakan-akan sudah berubah sejak dilanda pandemik Covid-19 pada penghujung tahun lalu.

Kini, banyak norma-norma baharu mula ditetapkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian.

Di Rio de Jeneiro, Brazil misalnya, pasangan ini menjalankan pernikahan secara pandu lalu sahaja dalam mengekang penularan wabak itu.

Upacara melibatkan Joao Blank dan Erica Blank itu berlangsung pada Khamis lalu.

Mereka hanya berada di dalam kereta sahaja sewaktu upacara pernikahan dilaksanakan.

Namun kata pasangan itu, mereka gembira dan tidak menyangka ia akan berlangsung dalam cara sedemikian.

Untuk rekod, Rio de Jeneiro merupakan kota kedua di Brazil yang paling terjejas akibat Covid-19.

Ia merekodkan hampir 45,000 jangkitan setakat ini. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kahwin, pandu lalu, Covid-19

Artikel Lain