BEKAS ratu cantik Miss England yang bertugas sebagai doktor ketika pandemik Covid-19 membuat permohonan maaf kerana mendakwa manusia layak dijangkiti virus yang membawa maut itu. Dr Bhasha Mukherjee, 24, yang memenangi gelaran itu pada tahun lalu, membangkitkan kemarahan selepas mengatakan bahawa 'kejahatan' di dalam manusia bermaksud mereka berhak mendapat penyakit tersebut. Dia mengeluarkan kenyataan itu di Iaman sosial susulan satu berita mengenai seekor gajah bunting mati selepas memakan nanas yang mengandungi mercun. Menurut tulisannya, dia menyebut: "Ketika anda menangis dan bersedih mengapa korona berlaku kepada kita?! "Sebab itulah! Tergamak kita manusia malah berjalan di muka bumi dengan kejahatan di dalam diri kita. "Kita patut mendapat korona. Kita layak yang lebih buruk," katanya. "Sangat menyedihkan betapa jahatnya terdapat dalam satu spesies," tambahnya. Dr Mukherjee kembali bekerja sebagai doktor junior di barisan hadapan awal tahun ini untuk memerangi virus tersebut. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!