SATU situasi yang cukup janggal. Begitulah senario menimpa seorang gadis apabila teman lelakinya disangka sebagai kembar kepada dirinya. Menurut Amy Preston, dia hanya menyedari perkara itu selepas dua bulan bercinta dengan Benjamin Radcliffe. Kata Amy, 21, dia juga bertanyakan kepada ibu bapanya mengenai hal itu untuk mendapatkan kepastian. Selain itu, Amy turut berkongsi hal sama di Facebook sehingga dihujani pelbagai komen. Malah, ramai yang bersetuju bahawa wajah mereka memang seiras. Kata gadis dari Nottinghamshire, England itu, teman lelakinya juga turut kelihatan seperti adiknya. "Sejak kawan saya utarakan persamaan itu, saya dah tak boleh lupa, pasti akan nampak dia (teman lelaki) sama seperti saya. "Ia sesuatu yang gila, dia juga kelihatan seperti adik lelaki saya," katanya lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!