suria

Lelaki dalam buruan polis culik bekas teman wanita, dera hingga hilang penglihatan

Wanita itu mengalami kecederaan pada matanya.

SEORANG model hidup dalam ketakutan selepas diculik bekas teman lelakinya yang juga suspek buruan polis.

Menurut Martha Dolak, 33, perbuatan Michael Goodwin pada 2018 menyebabkan dia hilang sebelah penglihatannya.

Malah, dia turut mengalami patah beberapa tulang di wajahnya.

Sewaktu diburu polis, lelaki itu menculik Martha sebelum menderanya selama 21 jam tanpa henti.

Akibat perbuatan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun tiga bulan pada tahun sama, namun dibebaskan awal pada Februari lalu.

Bagaimanapun, dia kini diburu semula oleh polis kerana didakwa menimbulkan ketakutan kepada wanita itu.

Malah, Martha juga terpaksa berpindah rumah, bimbang kejadian itu berulang lagi.

Dedah wanita itu lagi, dia turut mengalami tekanan dan masalah mental akibat kejadian berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pukul, dera, buruan polis, teman lelaki

Artikel Lain