SEORANG gadis berusia 19 tahun maut dipenggal suaminya selepas dipercayai melarikan diri beberapa hari selepas mereka berkahwin. Menurut laporan Iran International TV, suspek berusia 23 tahun itu melakukan perbuatan kejam itu selepas berjaya menjejaki isterinya selepas pencarian selama setahun. Suspek bagaimanapun menyerah diri kepada polis di bandar Abadan sambil memegang sebilah pisau berlumuran darah. Malah suspek mengaku berbuat demikian kerana mendakwa isterinya berlaku curang. Suspek dipercayai memenggal kepala isterinya dan meninggalkan badan mangsa bersebelahan Sungai Bahmanshir. "Seorang pengantin muda melarikan diri dari rumah dengan lelaki lain dua hari selepas perkahwinannya setahun yang lalu. "Suspek mencari isterinya selama setahun sehingga bertemu semula dengannya di Mashhad sebelum bertindak di luar kawalan," kata jurucakap polis. Insiden berlaku di wilayah Khuzestan, Iran yang membenarkan pembunuhan terhadap isteri yang melarikan diri dengan lelaki lain. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!