suria

Pam tandas dengan penutup terbuka boleh akibatkan jangkitan Covid-19?

Para saintis menasihatkan orang ramai supaya menutup mangkuk tandas selepas mengepamnya. Gambar hiasan/Foto S.S.KANESAN

TINDAKAN mengepam mangkuk tandas dengan penutup terbuka boleh menyebabkan zarah aerosol yang membawa virus Covid-19 dapat dihidu oleh orang lain.

Menerusi kajian baharu itu, keadaan tersebut membolehkan penularan jangkitan berlaku.

Para saintis memberi amaran kepada orang ramai supaya menutup semula mangkuk tandas bagi mengurangkan risiko penularan virus.

Mereka juga dinasihatkan orang ramai agar membersihkan tempat duduk pada tandas sebelum menggunakannya kerana zarah virus yang terapung dapat berada di permukaannya dan setiap orang harus mencuci tangan dengan berhati-hati setelah mengepam.

Ini kerana zarah virus mungkin terdapat pada butang pengepam tandas atau tombol pintu.

Menerusi penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Physics of Fluids, para penyelidik mengatakan bahawa mereka tidak dapat memastikan sama ada zarah itu mempunyai keupayaan untuk menyebarkan Covid-19.

Mereka bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya menurunkan penutup mangkuk tandas selepas mengepamnya, sebagai langkah berjaga-jaga.

"Tandas merupakan keperluan harian yang juga boleh menjadi bahaya sekiranya tidak digunakan secara baik, terutama ketika pandemik global ini," kata mereka.

Pengarang Ji-Xiang Wang, dari Universiti Yangzhou di China berkata: “Kecepatan akan lebih tinggi ketika tandas digunakan dengan kerap, seperti dalam keadaan tandas yang digunakan oleh keluarga pada waktu puncak atau tandas awam yang berfungsi dengan kawasan berpenduduk yang padat. "

- Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tandas, mangkuk tandsas, Covid-19, saintis,

Artikel Lain