suria

Hilang sekelip mata, ibu duka daftar kelahiran dan kematian anak pada hari sama

Bayi itu meninggal dunia pada usia 15 hari pada Isnin lalu.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Demikianlah kisah duka mengenai seorang ibu apabila anaknya yang berusia 15 hari meninggal dunia pada Isnin lalu.

Dikenali sebagai Jasmine, 25, dia pada hari itu baru sahaja mendaftarkan kelahiran anaknya yang diberi nama Freddie Heasman.

Namun, anaknya meninggal dunia di kediaman mereka di Cheltenham, England, sekaligus memaksa dia mendaftarkan kematian itu pada hari sama.

Apa yang aneh, bayinya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

Kata Jasmine, semuanya berlaku terlalu pantas dan hanya sekejap masa dapat diluangkan bersama cahaya matanya itu.

"Dia seorang bayi yang ceria. Bayi yang comel namun semuanya pergi sekelip mata," katanya.

Tambahnya, dia memang mengesyaki Freddie mempunyai masalah apabila dia hanya dilahirkan dengan berat 1.8 kilogram.

Malah katanya, pembesaran dan perkembangan bayi itu juga agak lambat.

Namun hingga kini, tiada jawapan dapat memastikan punca sebenar kematian itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Freddie Heasman, bayi, kematian

Artikel Lain