suria

Lelaki tembak mati 2 remaja selepas ditanya berapa tingginya

Mangsa ditembak dalam perjalanan pulang ke rumah. Foto Chicago Police

SEORANG lelaki menembak mati dua remaja selepas ditanya berapa ketinggiannya, menurut polis di Chicago, Amerika Syarikat.

Laroy Battle, 19, didakwa membunuh Jasean Francis, 17, dan Charles Riley, 16, dalam insiden tembakan kejam itu.

Kedua-dua mangsa pergi ke sebuah kedai untuk membeli manisan sebelum insiden berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan, 20 Jun lalu.

Pasukan penyiasat percaya bahawa kedua-dua mangsa yang tidak dikenali Battle memberi komen mengenai ketinggian suspek.

Suspek, yang berketinggian 6 kaki 3 inci (190 sentimeter), berhadapan dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama dan memiliki barang terkawal.

Wakil Ketua Detektif Brendan Deenihan berkata: "Mangsa beri komen, memandangkan Battle agak tinggi, dan mereka tanya berapa tingginya, berharap setinggi itu suatu hari nanti.

"Malangnya, kita tidak dapat melihat perkembangan dua anak muda ini," katanya.

Dalam kejadian itu, salah seorang remaja memberitahu Batte bahawa dia berharap untuk menjadi tinggi sepertinya kerana bercita-cita untuk menjadi pemain bola keranjang.

Menurut laporan ABC7, Jasean ditembak di bahagian belakang, manakala Charles meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian belakang dan kaki kiri. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain