SEORANG lelaki dari Delhi, India mendaftarkan semula identitinya dengan nama James Bond. Dilahirkan sebagai Viks Kardam, lelaki berusia 33 tahun itu sememangnya obses dengan karakter dalam filem tersebut. Memiliki seorang isteri dan anak perempuan berusia tiga tahun, dia menetap di sebuah apartmen dua bilik di selatan Delhi. "Kisah saya merebak dengan cepat. Orang fikir ia satu jenaka, tapi ia benar. "Reaksi pertama isteri, dia terkejut. Dia lihat saya dengan marah. Dia tidak berkata apa-apa dan terus tinggalkan bilik. "Sudah dua hari dia tak bercakap dengan saya," ujar lelaki itu. Ujarnya, isterinya enggan dia mengubah nama itu sehingga dirinya menjadi bahan jenaka. Sehingga hari ini, dia juga belum memaklumkan hal itu kepada ibu bapanya. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!