suria

Kehadiran bangkai ikan gergasi di pantai cetus spekulasi gempa bumi akan berlaku

Ia ditemui oleh seorang jurutera bersama rakannya di sebuah perairan di Mexico.

SEEKOR ikan gergasi dari laut dalam yang ditemui di persisiran pantai Mexico disifatkan sebagai petanda gempa bumi bakal berlaku.

Memiliki kepanjangan hampir empat meter, ia ditemui oleh seorang jurutera aquakultur, Fernando Cavalin dan rakannya, David de Zabedrosky.

Menerusi satu rakaman dikongsi di Twitter, mereka berdua kelihatan sedang memegang ikan itu di kawasan air cetek.

Ujar Cavalin, ikan itu sudah mati sewaktu ia ditemui dan badannya juga sedikit mereput.

Dalam pada itu, penularan rakaman itu turut menimbulkan pelbagai teori termasuklah ancaman gempa bumi.

"Biasanya ia hanya akan ke darat apabila sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Ramai yang kata ikan ini akan muncul sekiranya mereka nampak gempa bumi besar akan berlaku," ujar beberapa individu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain