UNITED Kingdom (UK) mencatatkan kes positif Covid-19 pertama melibatkan kucing. Haiwan itu diuji positif pada Rabu lalu oleh badan Animal and Plant Health Agency (APHA). "Ujian telah dilaksanakan di sebuah makmal di Weybridge pada Rabu. "Semua bukti yang ada memaparkan ia mendapat jangkitan daripada pemiliknya yang juga diuji positif," ujar APHA. Bagaimanapun, pemilik dan kucing tersebut dilaporkan sudah sembuh dan kini bebas virus berkenaan. Malah, mereka juga tidak menjangkiti mana-mana haiwan dan individu lain yang menjadi kontak rapat sebelum ini. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!