suria

Ajak jumpa di rumah, lelaki dipukul pengedar dadah selepas berkenalan menerusi aplikasi sembang

Perkenalan antara mereka berdua bermula pada 19 Oktober tahun lalu menerusi aplikasi sembang tersebut.

TEMU janji antara dua lelaki yang berkenalan menerusi aplikasi sembang, Grindr bertukar malang apabila salah seorang daripada mereka bertukar menjadi agresif.

Dalam kejadian di Kirby, Merseyside, James Inglesby dipukul Paul Weaver di kediaman lelaki itu selepas mereka minum bersama-sama.

Sewaktu polis tiba, Inglesby ditemui dalam keadaan tidak berbaju manakala Weaver menyorok di kediaman jirannya dengan hanya memakai seluar dalam.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan Inglesby dipukul oleh lelaki tersebut yang difahamkan merupakan seorang pengedar dadah.

Menurut perbicaraan mahkamah, perkenalan antara mereka berdua bermula pada 19 Oktober tahun lalu menerusi aplikasi tersebut yang popular dalam kalangan lelaki gay.

Selepas selesa berkenalan di alam maya, mereka kemudiannya membuat keputusan untuk bertemu di kediaman Weaver.

Dalam pertemuan itu, Inglesby berkata semuanya tenang sahaja sebelum Weaver bertukar agresif beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Weaver mengaku atas pertuduhan keganasan ke atas Inglesby.

Namun, dia menafikan ada membuat ugutan bunuh ke atas lelaki itu dan akan dibicarakan semula. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Grindr, pengedar dadah, temu janji

Artikel Lain