suria

Gara-gara tolong bayarkan pelanggan warga emas yang cuma ada wang tunai, pekerja kedai roti dipecat

Seorang pekerja dipecat selepas berkhidmat di kedai roti selama 40 tahun. Foto BPM Media/Metro UK

SEORANG pekerja di sebuah kedai roti selama lebih 40 tahun dipecat selepas didapati mengambil wang tunai daripada para pelanggan dan kemudian menggunakan kadnya untuk membuat pembayaran.

Megan Metcalfe, 60, dipecat selepas kedai roti itu tidak menerima wang tunai semasa pandemik Covid-19, atas faktor kebersihan.

Dia kemudian mengambil sejumlah wang kepunyaan pelanggan di premis di Nottinghamshire di United Kingdom, dan kemudian menggunakan kad debitnya.

"Saya sedar apa yang saya lakukan itu melanggar polisi syarikat.

"Tapi mereka (pelanggan) dah ambil barang dan mahu bayar untuk membeli," katanya.

"Tak kan saya nak biarkan orang tua pergi macam tu saja dan beritahu mereka tidak boleh membelinya kerana tidak mempunyai kad.

"Mereka dah ambil barang, jadi ia perlu dibuang atau dibersihkan," tambahnya.

Tugasnya digantung pada 19 Jun lalu sebelum dipecat kerana salah laku susulan perbicaraan tatatertib. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kedai roti, pecat, wang tunai,

Artikel Lain