SEPASANG cermin mata dipercayai milik tokoh terkenal India, Mahatma Gandhi akan dilelong tidak lama lagi. Menurut seorang individu dikenali sebagai Andy Stowe, cermin mata itu diletakkan dalam sampul surat sebelum ditinggalkan di pejabatnya di Bristol pada Jumaat. "Ada seseorang tinggalkan ia dalam peti surat pejabat kami pada Jumaat sebelum ditemui pada Isnin. "Salah seorang kakitangan serahkan pada saya, ada nota mengatakan ia milik Gandhi," ujarnya. Kata Stowe lagi, dia juga seolah-olah hampir jatuh dari kerusi apabila mendapat tahu mengenai hal itu dan menyifatkan ia sebagai item yang berharga. Malah, ia turut menyifatkan ia sebagai salah satu item paling penting yang pernah berada dalam pegangan syarikatnya. Cermin mata itu dijangka akan dilelong dengan harga bermula AS$19,000 (RM79,000) di Britain. Untuk rekod, Gandhi yang lahir pada 1869 memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan India. Dia bagaimanapun mati dibunuh pada 30 Januari 1948. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!