BAGAIKAN satu keajaiban. Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita berusia 93 tahun yang terselamat dalam kejadian di Lunéville, Perancis pada pagi Isnin. Menerusi kejadian itu, sebahagian binaan rumahnya musnah akibat dirempuh sebuah lori. Pemandu lori ditemui terperangkap di bawah runtuhan dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital. Bagaimanapun, warga emas itu langsung tidak mengalami kecederaan. Foto-foto sekitar kejadian turut dikongsi oleh pihak bomba menerusi Twitter dan ia ternyata mengundang perhatian ramai. Dalam foto itu, bahagian hadapan lori kelihatan terbenam dalam runtuhan konkrit. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!