ANTARA kita mungkin bekerja dari rumah ketika ini, namun bukan semua mempunyai kemudahan untuk melakukannya kerana kurang berkemampuan. Masalah tersebut turut dihadapi oleh pelajar yang memerlukan komputer riba atau telefon mudah alih, bagi membolehkan mereka menyertai kelas dalam talian. Keadaan itu sekali gus menyebabkan segelintir mereka keciciran dalam pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli gajet. Bagaimanapun, sekumpulan guru membantu menangani masalah yang dihadapi mereka. Sekumpulan guru dari Madurai di Tamil Nadu di India memutuskan untuk membelikan mereka telefon mudah alih, bagi membolehkan mereka menghadiri kelas dalam talian. Menurut laporan ANI, guru-guru dari sekolah bantuan Kerajaan Thiyagaraja bersama-sama mengumpul duit menggunakan gaji mereka sendiri untuk membeli telefon mudah alih buat para pelajar yang tidak berkemampuan. Dengan penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19, adalah penting bagi para pelajar tidak ketinggalan menyertai kelas mereka termasuk golongan kurang berkemampuan. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!