suria

Lelaki gali tanah seorang diri 30 tahun, buat terusan 3km untuk air mengalir ke kampungnya

Laungi Bhuiyan menggali tanah untuk menghasilkan terusan. Foto ANI

SEORANG lelaki menggali tanah sepanjang 3 kilometer (km) untuk membuat terusan, bagi membolehkan air hujan dari bukit berdekatan dapat mengalir ke kawasan lapang di kampungnya di Kothilawa di Bihar, India.

Usahanya itu mengambil masa selama 30 tahun untuk disempurnakan.

"Saya ambil masa 30 tahun untuk gali buat terusan yang mengalirkan air di kolam di kampung," kata Laungi Bhuiyan yang melakukannya seorang diri.

"Sejak 30 tahun lalu, saya akan pergi ke hutan berdekatan untuk menjaga haiwan ternakan saya dan menggali terusan," tambahnya.

Bercakap kepada agensi berita ANI, katanya, ramai penduduk kampung berhijrah untuk menetap di bandar tetapi dia mahu tinggal di kampung.

Dikelilingi hutan tebal dan pergunungan, kampung tersebut dikenali sebagai tempat perlindungan bagi kaum maoist.

Seorang penduduk kampung, Patti Manjhi berkata, usaha Laungi sebenarnya memberi manfaat kepada sejumlah besar binatang dan juga mengairi ladang.

"Dia tidak melakukannya untuk kepentingan sendiri, tetapi memberi manfaat kepada seluruh kawasan," katanya. - Times India

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gali tanah, terusan, Laungi Bhuiyan,

Artikel Lain