suria

“Kenapa duduk atas paha suami ibu kamu?” - Enggan melenting, gadis tak mahu kemesraan dengan bapa tiri disalah tafsir

Brielle bersama ibu dan bapa tirinya.

APABILA berkongsi foto di media sosial, kita harus bersedia dengan pelbagai komen yang akan ditinggalkan kelak.

Begitu juga dengan gadis ini yang mana foto mesra dia dengan bapa tirinya disalah tafsir orang ramai.

Dalam foto itu, Brielle Biermann yang juga anak kepada bintang televisyen Kim Zolciak-Biermann duduk di atas paha bapa tirinya.

"Selamat hari lahir buat bapa dan lelaki terbaik yang pernah saya kenal," tulisnya di Instagram.

Namun, segelintir pengikutnya melihat foto itu dari sudut negatif sehingga dia dihujani pelbagai komen.

"Kenapa duduk atas paha suami ibu kamu?

"Nampak tak selesa seorang gadis dewasa duduk atas paha bapa tiri, ' tulis netizen,

Namun kata Brielle, perkara itu dianggap seperti jenaka sahaja.

Malah, dia langsung tidak melenting dengan komen-komen yang ditulis.

Untuk rekod, Brielle memiliki 1.3 juta pengikut di Instagram. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain