SELEPAS tujuh bulan menangguhkan umrah berikutan pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi membenarkan semula ibadat tersebut untuk sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober ini. Menerusi satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri, pada peringkat pertama kira-kira 6,000 penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan. Sementara itu, jemaah dari luar negara dibenarkan menunaikan ibadat tersebut mulai 1 November dengan kapasiti dinaikkan sehingga 20,000 orang sehari. Ibadat umrah akan dibenar dilaksanakan dalam kapasiti penuh selepas ancaman Covid-19 dapat dihapuskan sepenuhnya. Arab Saudi pada Mac lalu menangguhkan umrah dan menghadkan kapasiti jemaah haji tahunan ekoran bimbang dengan penularan wabak itu ke kota sucinya. Keputusan membenarkan semula umrah adalah sebagai tindak balas kepada 'aspirasi umat Islam di dalam dan luar negara' untuk melakukan ibadat terbabit serta menziarahi kota sucinya. - CNA Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!