suria

Penyu hampir mati angkara gelung plastik, tindakan pantas penyelamat dipuji

Haiwan itu terus dilepaskan ke laut sejurus diselamatkan.

PEMBUANGAN sisa plastik di merata-rata tempat sememangnya merosakkan alam sekitar.

Selain mencemarkan alam, ia turut memberi kesan terhadap haiwan sehinggalah yang berada jauh di dalam laut.

Terbaharu, video memaparkan seekor penyu hampir maut akibat terperangkap dalam gelung plastik dikongsi di media sosial.

Ditemui di sebuah pantai yang tidak dikenal pasti, mujur ada penyelamat yang membuka gelung tersebut menggunakan gunting.

Malah, ramai yang turut memuji tindakan pantas penyelamat itu yang membantu penyu berkenaan.

Selepas diselamatkan, penyu itu terus dilepaskan semula ke kawasan gigi air sebelum ia berenang ke lautan. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain