suria

Vaksin Covid-19 didakwa ubah manusia jadi monyet, profesor Universiti Oxford jawab tuduhan kempen jahat

Menurut Profesor Pollar dari Oxford, vaksin yang dihasilkan mereka juga mirip dengan apa yang dibangunkan Rusia.

DALAM berdepan Covid-19, banyak negara turut berlumba-lumba dalam penghasilan vaksin.

Terbaharu, Rusia didakwa melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan penghasilan vaksin oleh Universiti Oxford.

Menurut laporan, kempen itu mendakwa vaksin yang dihasilakn akan mengubah manusia menjadi monyet.

Malah, beberapa foto dan rakaman berhubung dakwaan itu turut ditularkan di internet.

Menurut tuduhan itu lagi, vaksin yang dihasilkan di United Kingdom (UK) itu berbahaya kepada manusia jika dibenarkan penggunaannya pada masa akan datang.

Menurut Profesor Pollar dari Oxford, vaksin yang dihasilkan mereka juga mirip dengan apa yang dibangunkan Rusia.

"Jenis vaksin yang kita ada hampir sama dengan vaksin lain termasuk Rusia.

"Dalam badan kita, vaksin itu semua hampir sama. Kita tidak menggunakan cimpanzi dalam penghasilan vaksin," katanya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain