SPEKULASI mengenai keadaan kesihatan isteri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un semakin bertiup kencang gara-gara tidak kelihatan di khalayak ramai sejak sembilan bulan lalu, demikian menurut laporan media tempatan.
Ri Sol-ju, 31, kali terakhir dilihat sewaktu perayaan Tahun Baru Lunar bersama Jong-un pada bulan Januari.
Kelibatnya tidak kelihatan sewaktu perarakan ketenteraan di Pyongyang pada 10 Oktober.
Menurut Daily NK, sebuah laman web yang berpusat di Korea Selatan, Sol-ju dikhabarkan sedang menderita sakit.
Laman web itu mempunyai rangkaian dengan pemberi maklumat dalam pemerintahan ala diktator negara berkenaan.
Sementara itu pakar di Selatan telah berspekulasi bahawa Sol-ju sedang bersembunyi daripada Covid-19.
Dia dikatakan mengelak daripada sebarang perhimpunan awam kerana bimbang dengan tahap keselamatan diri dan anak-anaknya.
Sementara itu, sumber yang enggan dinamakan memberitahu Daily NK bahawa wujud juga spekulasi yang hangat diperkatakan di mana wanita itu 'hilang' seketika kerana menjaga ibu saudara Jong-un yang sudah tua.
Ada juga yang mengatakan Sol-ju fokus menjaga anak perempuannya yang masih kecil dan mungkin menguruskan pendidikannya sepenuh masa berbanding menghantarnya ke sekolah. - Metro.co.uk
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!