APA yang dilakukan Griselda Blanco sepanjang hayatnya cukup mengejutkan ramai. Memiliki empayar dadah yang berjaya di Colombia sehingga memperkenalkan penyeludupan ke Amerika Syarikat, dia digelar sebagai black widow selepas tiga suaminya meninggal dunia. Memiliki empat anak, tiga daripada mereka turut mati akibat dibunuh. Kini, kisah Griselda yang mati dibunuh pada 2012 akan diangkat ke layar perak tidak lama lagi. Difahamkan, filem mengenai Griselda yang berjudul The Godmother akan menampilkan lakonan oleh selebriti terkenal, Jennifer Lopez. Menurut anaknya, Michael Corleone Blanco, 42, dia tetap menyanjungi wanita itu. "Ibu saya bukan orang baik. Dia terpaksa hidup untuk buat apa yang dilakukannya. Apapun yang berlaku, dia tetap ibu saya. "Saya akan sentiasa menyanjunginya, saya hormati dan sayang ibu," ujarnya. Dalam pada itu, seorang bekas rakan sekutunya turut tampil mengimbas kisah bersama Griselda. "Dia seorang yang sangat panas baran. Dia keluarkan arahan bunuh semudah order pizza," ujar individu itu.- Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!