suria

Gara-gara takut beritahu mak ayah, pelajar 14 tahun sorok bayi baru lahir dalam peti sejuk hingga mati

Anastasia dimasukkan ke hospital selepas kejadian berlaku. -foto VK.com

GARA-gara takut memberitahu ibu bapa, seorang pelajar perempuan menyembunyikan bayi lelakinya yang baru lahir di dalam peti sejuk hingga mati, kata polis.

Pelajar berusia 14 tahun itu yang kini dalam keadaan serius di hospital, telah melahirkan seorang bayi lelaki secara rahsia.

Dia kemudian meletakkan anaknya ke dalam sebuah beg plastik dan menyembunyikannya di dalam sebuah peti sejuk di garaj keluarganya di Novosibirsk, Rusia.

Menurut laporan, tiada sesiapapun dalam kalangan keluarga mahupun guru-gurunya menyedari kehamilannya.

Pelajar yang dikenali sebagai Anastasia itu kemudian dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, bayi yang baru lahir itu tidak dapat diselamatkan.

Menurut pelajar berkenaan, dia menyembunyikan anaknya itu kerana terlalu takut untuk memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian sebenar. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain