HUBUNGAN pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan isteri, Ri Sol-ju dan adiknya, Kim Yo-jong masih lagi menjadi teka-teki.
Nampaknya isteri dan juga adik Jong-un kini 'ditenggelamkan' bekas kekasih pemimpin diktator itu yang juga salah seorang bintang pop terkemuka di negara itu.
Hyon Song-wol yang juga ketua kumpulan The Moranbong Band atau lebih dikenali sebagai Moran Hill Okestra kerap dilihat bersama Jong-un.
Kumpulan tersebut dipilih secara peribadi oleh Jong-un dan diangkat sebagai 'Spice Girl' versi Korea Utara.
Isteri Jong-un tidak kelihatan sejak awal tahun ini.
Yo-jong pula jarang muncul di khalayak umum sekali gus menimbulkan spekulasi berlaku pergaduhan antara mereka.
"Teori positif adalah Jong-un dilihat semakin matang dan lebih berdikari berbanding sebelum ini.
"Ini bermaksud Yo-jong kini berada di landasan tepat untuk membangunkan kepimpinannya sendiri sambil disokong abangnya," kata wartawan Korea Selatan, Wang Son-taek. - Dailystar
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
TONTON VIDEO PILIHAN!