suria

Foto doktor peluk, tenangkan pesakit Covid-19 di ICU undang sebak

Foto Dr Joseph Varon memeluk pesakit Covid-19 di ICU menjadi tular. - foto Getty Images/ Mirror

SEKEPING foto yang menunjukkan seorang doktor memeluk seorang pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) mengundang sebak.

Doktor berkenaan, Dr Joseph Varon, yang merupakan ketua staf di United Memorial Medical Center di Houston di Amerika Syarikat berkata, dia menyedari pesakit itu terlalu beremosi pada hari Thanksgiving.

Dr Varon, yang mengetuai unit Covid-19 dan berpakaian lengkap PPE berkata, dia memutuskan untuk memeluk lelaki itu.

Foto yang menyentuh perasaan itu dirakamkan oleh seorang jurugambar Getty sehingga menjadi tular.

Bercakap kepada Good Morning America: "Dia sangat sedih kerana dia di dalam sebuah bilik dan tidak mengenali sesiapa.

"Kami datang berpakaian seperti angkasawan, walaupun terdapat gambar saya dibawa bersama apabila bertemu mereka, ia membuatkan pesakit sedih dan dia begitu beremosi.

"Mendengar (emosinya), saya memeluknya," katanya.

Menurut Dr Varon, ketika kejadian dia bertugas pada hari yang ke-252 sejak pandemik, malah pernah bertugas sehingga 16 jam. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain