SEORANG ibu di New Zealand mendakwa seorang guru menampal pita pelekat pada mulut anaknya kerana bergosip di dalam kelas. Insiden itu menyebabkananak lelakinya itu terlepas sesi pembelajaran di sekolah berkenaan. Wanita itu mendakwa anak lelakinya berusia tujuh tahun itu terlepas pembelajaran selama dua minggu, gara-gara takut untuk kembali ke sekolah. Memetik laporan Daily Star, kanak-kanak itu merupakan salah seorang murid di mana mulutnya ditampalkan dengan pita pelekat kerana terlalu banyak bercakap. Pengetua Sekolah Colwill di West Auckland, Rob Taylor dimaklumkan mengenai insiden itu dan siasatan kini dijalankan. Menurut pihak sekolah, polis tampil menjakan siasatan dan guru terbabit membuat permohonan maaf kerana mencetuskan kemarahan ramai. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!