SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang ditemui dalam bilik tidur rumahnya di Fairmount, Indiana. Leighton Seals dilaporkan meninggal dunia sejurus terkena tembakan pada tengah hari, Selasa lalu selepas menemui sepucuk pistol Ruger 9mm itu. Ibunya, Caci Seals, 22, berada di dalam bilik lain ketika insiden menyayat hati itu berlaku, manakala ayahnya tiada di rumah. Leighton dikejarkan ke hospital namun dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Menjelaskan tragedi berkenaan, Jurucakap Polis Indiana berkata, bukti menunjukkan Leighton menarik picu pistol tersebut yang menyebabkan terkena sebutir peluru. "Namun siasatan lanjutan masih lagi dijalankan," katanya. Dalam pada itu, halaman GoFundMe dibuka untuk majlis pengebumian kanak-kanak itu. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!