SEORANG wanita dikritik teruk oleh netizen gara-gara menyediakan kontrak aneh untuk ditandatangani oleh pengapitnya. Berkongsi di Facebook, bakal pengantin itu menyenaraikan 37 syarat yang perlu dipatuhi. "Saya telah membaca banyak perkongsian mengenai masalah dengan pengapit pengantin. Saya memberikan kontrak. Ini menjelaskan harapan saya dari awal hingga akhir," tulis bakal pengantin berkenaan di laman sosial itu. Antara syarat yang ditetapkan adalah, pengapit dilarang untuk bercakap buruk mengenai tetamu. Selain itu, pengapit juga dilarang untuk menambah berat badan melebihi tiga kilogram sebelum majlis, perlu mendapat kebenaran untuk menukar warna rambut dan dilarang hamil sebelum majlis. Ketidakhadiran pengapit hanya diterima sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh seperti meninggal dunia, dipenjarakan, dan sakit yang mendapat pengesahan doktor. Pengapit juga harus setuju untuk tidak membawa anak-anak mereka ke majlis perkahwinan, tidak memakai kanta lepak berwarna atau mewarnakan kuku. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!