KERANA Covid-19, ramai yang terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' kepada orang tersayang tanpa dapat bertemu dengan mereka di hospital. Wanita berusia 55 tahun, Erendira Guerrero yang sebelum ini menjahit pelitup muka, menghasilkan anak patung menggunakan baju kepunyaan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19. Dia yang berasal dari Ciudad Juarez, Mexico itu melakukannya bagi mengubati kesedihan mereka di atas pemergian itu. Menggunakan baju pesakit Covid-19 yang yelah meninggal dunia, Erendira membuat anak patung dari bilik kecil di rumahnya yang dijadikan sebagai bengkel jahitan. Bukan mudah menerima perkhabaran orang tersayang telah meninggal dunia, terutama kematian itu akibat Covid-19 yang menghalang mereka untuk melihat jasad tersebut. Dengan penghasilan tersebut, ahli keluarga pesakit dapat melepaskan kerinduan dengan memeluk anak patung itu. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!