SEORANG wanita dihadapkan ke mahkamah kerana bertindak ganas ke atas pegawai polis. Kelly Wright, 42, ditahan selepas meludah ke dalam mulut seorang anggota polis. Malah, dia turut menyepak seorang lagi anggota polis sewaktu kejadian itu pada 28 September 2019. Berasal dari Backworth, utara Tyneside, dia yang mengaku bersalah di mahkamah bagaimanapun terlepas hukuman penjara. Sebaliknya, dia diarahkan menjalani kerja komuniti selama 18 bulan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!