PENDUDUK digemparkan dengan kehadiran seekor tikus bersaiz sebesar arnab memasuki rumah mereka, terutama di bahagian dapur. Menurut laporan Liverpool Echo, tikus gergasi itu dilihat memakan makanan tengah hari anak-anak pasangan itu dalam kejadian di Litherland dekat Merseyside, di United Kingdom. Isu tersebut pertama kali dibangkitkan pada Ogos tahun lalu tetapi haiwan-haiwan itu kembali malah lebih mencetuskan gangguan berbanding sebelumnya. Perangkap dan racun yang dipasang untuk haiwan itu bagaimanapun tidak berfungsi. Sebaliknya, seorang lelaki mendakwa haiwan tersebut bertindak lebih agresif di rumahnya. Bercakap kepada Echo Liverpool, seorang penduduk lain, Lilley berkata: "Setiap kali kita dalam perintah berkurung, orang yang keluar berkurangan dan sampah makanan untuk haiwan berkenaan juga kurang. “Salah satu daripadanya mengunyah makanan tengah hari cucu perempuan saya. Ia makan semua makanan di rumah. "Perangkap tidak berfungsi. Racun nampaknya tidak berfungsi. Suami saya cuba menangkapnya, tetapi apa yang anda lakukan dengan haiwan-haiwan itu bila anda dapat tangkap mereka?" katanya. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!