suria

Kejutan hari jadi ke-100, cincin kahwin hilang 5 tahun lalu ditemui semula

Donald Dennis tersentuh apabila menerima cincin kahwinnya yang hilang lima tahun lalu. foto Daily Star

SEORANG lelaki warga emas yang kehilangan cincin kahwinnya lima tahun lalu dikejutkan dengan penemuan itu pada hari ulang tahunnya ke-100.

Veteran Perang Dunia Kedua itu, Donald Dennis tidak menyangka menerima kejutan tersebut pada sambutan yang cukup bermakna pada Ahad.

Dia kehilangan cincin pada 2016 di sebuah pasar raya di Austin, Minnesota di Amerika Syarikat (AS).

Cincin itu bagaimanapun ditemui semula selepas pasar raya itu melakukan pengubahsuaian.

Pengurus pasar raya itu dapat menjejaki anak perempuan Donald, Shari Johnson, berikutan cincin itu terukir dengan namanya, nama isterinya dan tarikh perkahwinan mereka.

Dia menghadiahkan cincin itu kepada bapanya yang kini tinggal di Florida, semasa sambutan hari ulang tahun.

Bercakap kepada media AS, Shari berkata, bapanya menangis dengan penemuan cincin tersebut.

"Dia menangis. Dia menggenggamnya seperti harta karun, dan kemudian menyarungnya kembali pada jarinya dan ia sepadan," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan