suria

Gara-gara wajah dipersenda ketika hadiri temuduga, pemuda nekad berhabis lebih RM70,000 buat pembedahan plastik

Transformasi wajah pemuda berkenaan yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok. Foto: quyen_do8/TikTok

GARA-GARA wajahnya dipersenda ketika menghadiri satu temuduga kerja, seorang pemuda dari Vietnam mengambil keputusan nekad untuk membuat pembedahan plastik.

Pemuda tersebut turut memuat naik gambar transformasi wajahnya sebelum dan selepas melakukan sembilan pembedahan plastik di aplikasi TikTok menerusi akaun quyen_do8.

Menurut pemuda bernama Đỗ Quyền yang berusia 26 tahun itu, dia mengambil keputusan nekad tersebut demi mendapatkan pekerjaan selepas pernah ditertawa oleh penemuduga dek kerana wajahnya yang tidak menarik.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna laman sosial itu sukar mempercayainya dan mempertikaikan sama ada foto transformasi itu adalah individu yang sama.

Pemuda berkenaan yang bekerja sebagai jurusolek di Saigon memberitahu pengikutnya bahawa dia sudah membelanjakan £12,500 (RM70,600) untuk melakukan sembilan pembedahan plastik.

Kos tersebut termasuk melakukan implan dagu, rawatan veneer gigi, pembentukan bibir, pembedahan kelopak mata dan implan bibir.

Tambahnya, keseluruhan kos pembedahan itu ditanggung sendiri menggunakan wang simpanan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain