suria

Lengan jadi seperti Popeye gara-gara suntik implan sendiri, lelaki terpaksa jalani pembedahan

Kirill terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang implan pada lengannya. Foto: Will Stewart

HANYA kerana mahu mempunyai lengan yang berotot dan sasa, lelaki ini kini menderita akibat tindakan 'bodohnya' sendiri.

Kirill Tereshin, 24, menyuntik jeli petroleum agar lengannya kelihatan berotot, namun tindakan itu membuatkannya berdepan dengan risiko kehilangan upaya anggota badan tersebut atau mengalami kesan yang lebih buruk.

Selepas suntikan berkenaan, lengan Kirill berubah menjadi bengkak dan mengeras dan tidak ubah seperti lengan karakter kartun Popeye.

Dia sepatutnya menjalani pembedahan untuk membuang implan berbahaya daripada lengannya, namun tertangguh hampir setahun gara-gara pandemik Covid-19.

"Saya menyuntik lengan ketika berusia 20 tahun kerana kebodohan saya sendiri. Saya tidak memikirkan akibatnya," katanya.

Pakar bedah, Dmitry Melnikov yang mengeluarkan jeli seperti Vaseline amaran kepada Kirill bahawa dia boleh mati jika implan gagal dikeluarkan.

Kirill perlu menjalani pembedahan lagi pada tahun ini bagi mengeluarkan implan jeli tersebut sepenuhnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain