suria

Enggan hidup sunyi, lelaki biarkan mayat adik mereput atas sofa berbulan lamanya

Kejadian itu akhirnya disedari oleh jiran mereka, Albina yang mendedahkan ada terhidu bau busuk baru-baru ini.

SEORANG lelaki membiarkan mayat adiknya mereput di dalam kediaman mereka selama beberapa bulan kerana enggan hidup kesunyian.

Dikenali sebagai Valeriy, 52, lelaki itu meletakkan mayat adiknya, Adrey, 42, di atas sofa di dalam kediaman mereka di Ukraine.

Malah, dia juga sering berbual dengan mayat adiknya untuk menghilangkan rasa sunyi.

Kejadian itu akhirnya disedari oleh jiran mereka, Albina yang mendedahkan ada terhidu bau busuk baru-baru ini.

Setelah disoal, Valeriy berkata dia tidak sanggup mengebumikan mayat adiknya yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Apabila kami masuk ke dalam rumah, ada bau yang sangat busuk.

"Saya nampak ada mayat atas sofa dan ia ditutup dengan selimut," kata Albina kepada media. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain