suria

Alami gejala Covid-19, zoo suntik orang utan dan cimpanzi dengan vaksin

Haiwan-haiwan tersebut tidak menunjukkan tindak balas buruk selepas disuntik. - Foto: Getty Images

ZOO San Diego menyuntik beberapa ekor mawas dengan vaksin Covid-19 selepas haiwan tersebut jatuh sakit awal tahun ini.

Empat ekor orang utan dan lima ekor cimpanzi telah disuntik vaksin berkenaan dengan Zoetis, sebuah syarikat farmaseutikal veterinar bertanggungjawab melakukan vaksinasi tersebut.

Karen yang merupakan orang utan pertama menjalani pembedahan jantung terbuka pada 1994, turut disuntik vaksin berkenaan.

Tiada sebarang reaksi atau tindak balas buruk yang dialami haiwan-haiwan berkenaan selepas disuntik dua dos vaksin dalam tempoh tiga minggu, demikian kata zoo berkenaan.

Darah kemudian akan diambil daripada Karen da seekor lagi cimpanzi bagi mengetahu sama ada mereka mengembangkan antibodi susulan suntikan vaksin berkenaan.

Terdahulu awal tahun ini, beberapa haiwan berkenaan mengalami batuk dan gejala Covid-19 lain yang sama seperti manusia.

Bagaimanapun kesemua haiwan yang jatuh sakit itu dikatakan sedang dalam proses pemulihan sepenuhnya, kata kakitangan zoo tersebut. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain