suria

Wanita dedah kisah hidup unik! Siang hari uruskan mayat, malam jadi penari kelab

Apabila malam berakhir, dia akan bersiap untuk ke tempat kerjanya semula dan menguruskan mayat seperti biasa.

SETIAP individu ada kisah perjalanan hidup masing-masing.

Begitu juga dengan wanita ini yang mendedahkan dua pekerjaan yang dilakukannya sebelum ini.

Menurut Emma Jane Holmes, pada siang hari dia bekerja untuk menguruskan hal-hal pengebumian mayat.

Malamnya pula dia bekerja sebagai penari bogel.

"Saya biasanya akan ke hospital dan menguruskan mayat.

"Sepanjang hari, saya melayani keluarga si mati dan menguruskan mayat," ujarnya.

Apabila semuanya selesai, Emma akan bersiap untuk kerja seterusnya pula.

"Gadis persembahan dan mayat, pentas dan keranda, selipar tumit tinggi dan kereta jenazah.

"Saya tertanya-tanya jika saya akan tidur lagi? Tiada siapa tahu rahsia diri ini," ujar wanita itu lagi.

Ujarnya, apabila malam berakhir, dia akan bersiap untuk ke tempat kerjanya semula dan menguruskan mayat seperti biasa.

Kini, Emma turut menulis buku untuk menceritakan kisah hidupnya itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain