SEORANG ahli politik di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran lumayan buat sesiapa yang berjaya menangkap haiwan misteri bigfoot. kata Justin Humphrey, dia berharap makhluk itu boleh ditangkap dan dibawa pulang dengan selamat untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong. Malah, pasukan pelancongan Oklahoma turut membuat promosi bertemakan bigfoot dalam menarik minat orang ramai. Permit pemburuan itu juga dibuka untuk jualan bagi menarik kehadiran pelancong ke kawasan itu. "Mengeluarkan lesen pemburuan bigfoot pastinya akan menarik lebih ramai kunjungan ke negeri ini," ujar Humphrey. Namun sehingga kini, status kewujudan makhluk itu kekal misteri. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!